Assalammualaikum dan selamat sejahtera kepada
semua..
aku nak share sikit beberapa pengalaman
untuk menempuh segala cabaran dan dugaan untuk belajar dlm semester akhir ini.
terutamanya pada subject penterjemahan berbantukan komputer ini...Pada awal
ceritanya kami daripada pelajar kos lain dikira subject minor ditawarkan untuk
mengambil 3 subject untuk syarat graduate . subject yang ditawarkan kepada kami
untuk sem akhir ini hanya 3 subject sahaja. nak drop untuk pilih subject lain
memang xboleh lh ceritanya.. kata lain, nak tak nak kau kena amek jugak tiga
subject tersebut. tak boleh tak amek sebab kau nk graduate kalau kau tak amek
salah satu subject tersebut kau akan kena extend satu sem lagi...dah lah nak
daftar subject bukan main payah lagi. awal² tu aku tengok smp sape yang
mengajar aku untuk tiga2 subject tersebut..aku tengok ade nama lecture yang x
pernah ajar aku langsung dan aku x tahu cara die mengajar macam mana tegas ker
atau hanya baca slide sahaja
Hari pertama nak belajar, aku terlebih
semangat sbb hari pertama kan untuk semester baru..bak kata orang masih segar
selepas cuti tiga bulan..Hari pertama aku dh kena marah sebab masuk meeting
online lambat..tiba2 dapat bebelan di awal pagi kls pertama pulak
tu.hahah..pada awalnya aku pon x kenal lecture yang ajar aku ni dr ker prof
ker..aku pon kata lh minta maaf dr saya masuk lambat..prof boleh kata sape dr
awak..eh dalam hati aku dah kenapa dr ni..tiba² je dapat sendiran daripada prof
awl pagi ni. prof kata cuba awk tnya orang lame yang sy pernah mengajar dorang
ape dorang panggil sy..ada salah sorang bersuara kata panggil prof..dalam hati
aku ape beza prof ngan dr..hahahaa
kelas pertama mental dan koyak giler
waktu pagi dah lh x sempat sarapan.aku ingat dapatlah makan waktu kls online
nnti..rupanya sebaliknya..pagi2 lagi dah dapat amaran daripada prof katanya
kena buka camera kalau x buka pasti x dpt A dalam subject tu...aku pon dengan
mengelabah buka camera. first time aku buka camera sepanjang kls online..awal
pagi kami sekelas diarahkan untuk membuat tugasan yang agak senang tapi rumit
sbb kena guna excel..sepanjang aku belajar dekat upm aku x pernah guna excel
dan x tahu mcm mne nk guna excel. Agak payah bagi aku menggunakan kaedah
tersebut. Nak edit2 bagai lagi memang aku xpandai langsung.
awal² agak terkejut dapat tugasan mcm tu
sekali dan kena hantar pada waktu yang ditetapkan pada pukul 11pagi..muka aku
dah stress mcm2 dh keluar daripada mulut aku, tapi aku fikir aku dalam proses
belajar dan aku kena hadap jugak walaupon bende tu payah macam mana pon. Macam mana
x payah wei, aku x pernah buka excel tu..nak buat kotak pon x pandai untuk
bezakan antara kotak pertama dan kedua..dalam hati aku nak jee drop subject ini
tapi xde pilihan lain kena amek jugak walaupon terpaksa kena hadap 14 minggu.
pada minggu ke-11 x silap kami
sekelas dpt assignment paling byk kalau x silap 16 assignment..dalam hati aku ada berkata kalau prof bagi due date hari isnin jugak memang aku xkn buat lh cerita
die..sebaik hari tu prof dalam keadaan mood yang baik bagi tempoh masa yang agak lame dalam 5 hari untuk submit tugasan yang
agak byk..hnya allah sahaja yang tahu betapa gembiranya aku dapat due date yang
agak lame sebab seblum ni due date hanya sehari sahaja paling lame pon hari
isnin pukul 6 ptg memang kena submit..pantang larang prof adalah sape yang
hntar lambat drpd tempoh yang diberi akan serta merta assignment yang dihantar
akan di delete..so kau punya afford buat sungguh walaupon hantar lambat mcm x
berbaloi sbb assignment kau hntar tu tidak akan diterima..ya allah rase mcm nk menangis
wei kalau assignment yang kita buat kena delete mcm tu je. awal2 aku mcm x
boleh terima prof buat kepada pelajar mcm tu..rase mcm kejam sangat bagi
terkanan kepada pelajar dalam proses kelas online..bagi aku line pon memberi
paranan yang sangat penting dalam kelas prof terebut..apabila line kau buat hal
segala arahan kau akan terlepas dan kau akan jadi blur untuk melakukan tugasan
individu..kalau kerja individu kau kena buat sendiri x boleh bergantung dekat
rakan kau...so nk xnk kau kena duduk tempat line yang agak kuat untuk kls
online pada setiap hari isnin
pada hakikatnya pada hujung² sem ini aku
baru sedar segala usaha prof berikan kepada kita sbb die ingin mendidik kita
supaya amanah dgn masa dan beradap ketika menuntut ilmu..aku pernah terfikir sebab
kenapa kena buka camera prof bukan nk tengok muka sangat pon tapi prof nak ajar
kejujuran dalam menuntut ilmu..sbb ape, kalau kita off kan camera pasti kita
buat kerja lain dan kita tidor sewaktu kls berlangsung...setiap yang berlaku
dalam hidup kita mesti ade hikmahnya yang baik-baik..so pengajaran yang boleh
aku dapat dalam belajar dalam subject ini adalah bagaimana kita ingin menjadi
penterjemahan yang berkualiti tinggi supaya orang yakin dan percaya untuk
mengambil kita berkerja sebagai penterjemahan dengan mempunya sifat2 yang saya
sebut diatas tadi.
alhamdulillah aku bersyukur sangat ke
hadrat illah dengan limpah kurnianya dapat aku berlajar dengan prof yang byk
memberi nasihat pada hakikatnya jika orang yang first time jumpa mesti orang
akan kata bebelan..tapi prof punya bebelan perkara yang bermanfaat dan die
ingin melihat anak buah yang beliau didik berjaya dunia dan akhirat...
sampai situ sahaja penceritaan aku dalam
penjalanan mengambil subject yang agak mencabar untuk semester akhir ini..
aku doakan prof dalam keadaan sihat
disamping keluarga yang tersayang dan maafkan saya jikalau terdapat kekurangan daripada segala aspek. minta maaf dan minta halal segala ilmu yang prof curahkan kepada saya sepanjang semester ini.
#staysafe
#stayathome
#kitajagakita
#subjectyangpenuhmanfaatpadapenghujungnya
#alhamdulillahsyukurselalu
Isi kandungan
BBN3402SATU2020: MINGGU1 EXCEL
BBN3402SATU2020: MINGGU2 EXCEL
BBN3402SATU2020: MINGGU2 CERITA SOSIAL
BBN3402SATU2020: MINGGU3 EXCEL
BBN3202SATU2020: MINGGU3 PUISI
BBN3402SATU2020: MINGGU4 EXCEL
BBN3402SATU2020: MINGGU4 PRAKATA & BAB 1
BBN3402SATU2020: MINGGU5 EXCEL
BBN3402SATU2020: MINGGU5 JADUAL EDITED
BBN3402SATU2020: MINGGU5 JADUAL CLEAN
BBN3402SATU2020: MINGGU6 PROF DI UK
BBN3402SATU2020: MINGGU6 UJARAN EDITED
BBN3402SATU2020: MINGGU6 UJARAN CLEAN
BBN3402SATU2020: MINGGU6 TESIS
BBN3402SATU2020: MINGGU7 QUOTATION
BBN3402SATU2020: MINGGU7 EXCEL
BBN3402SATU2020: MINGGU8 BERITA AWANI
BBN3402SATU2020: MINGGU8 TWITTER
BBN3402SATU2020: MINGGU8 TESIS
BBN3402SATU2020: MINGGU9 QUOTATION(2)
BBN3402SATU2020: MINGGU9 CERITA PENDEK
BBN3402SATU2020: MINGGU9 TESIS BAB 1
BBN3402SATU2020: MINGGU9 WACANA
BBN3402SATU2020: MINGGU10 RESIPI(1)
BBN3402SATU2020: MINGGU10 RESIPI(2)
BBN3402SATU2020: MINGGU10 RESIPI(3)
BBN3402SATU2020: MINGGU10 RESIPI(4)
BBN3402SATU2020: MINGGU10 QUOTATION(3)
BBN3402SATU2020: MINGGU10 TESIS MASIHKAH KAU INGAT?
BBN3402SATU2020: MINGGU11 QUOTATION(4)
BBN3402SATU2020: MINGGU11 HURAIAN TESIS
BBN3402SATU2020: MINGGU11 ASAS GRAFIK
BBN3402SATU2020: MINGGU11 TERJEMAHAN VIDEO(1)
BBN3402SATU2020: MINGGU11 TERJEMAHAN VIDEO(2)
BBN3402SATU2020: MINGGU11 TERJEMAHAN VIDEO(3)
BBN3402SATU2020: MINGGU11 TERJEMAHAN VIDEO(4)
BBN3402SATU2020: MINGGU11 TERJEMAHAN VIDEO(5)
BBN3402SATU2020: MINGGU11 TERJEMAHAN VIDEO(6)
BBN3402SATU2020: MINGGU11 TERJEMAHAN VIDEO(7)
BBN3402SATU2020: MINGGU11 TERJEMAHAN VIDEO(8)
BBN3402SATU2020: MINGGU11 TERJEMAHAN VIDEO(9)
BBN3402SATU2020: MINGGU11 TERJEMAHAN VIDEO(10)
BBN3402SATU2020: MINGGU11 TERJEMAHAN VIDEO(11)
BBN3402SATU2020: MINGGU11 TERJEMAHAN VIDEO(12)
BBN3402SATU2020: MINGGU11 TERJEMAHAN VIDEO(13)
HAH KORANG TENGOK LAH SENDIRI BERTAPA BANYAKNYA KERJA PROF DAN AKHIRNYA AKU BERJAYA SELESAIKAN SEMUA TUGASAN INI DENGAN JAYANYA.😂😂😂.
No comments:
Post a Comment