MUHAMMAD HAMIZ BIN SIDIN
Masihkah Kau Ingat?
1. Menulis dan mengolah semula
dengan menggunakan ayat sendiri (Jangan menyalin (copy paste)
daripada artikel atau buku).
Huraian: Setiap penulisan tesis, buku
mahupun artikel tidak boleh plagiat mana-mana ayat atau rujukan bahkan kita
perlu melakukan penulisan sendiri hasil daripada idea sendiri. Apabila kita
ingin mengambil ayat artikel mana- mana sumber atau rujukan kita perlu menukar
ayat tersebut menggunakan ayat sendiri dan perlu menyatakan sumber daripada
mana. Sebagai contoh perlu menulis nama penulis, tahun, tajuk dan alamat tesis
tersebut.
2. Menggunakan Turnitin atau tool yang
lain sebelum membuat penghantaran kepada penyelia atau jurnal.
Huraian: Tesis yang dilakukan perlu dibuat melalui penyemakkan dan penyuntingan
terlebih dahulu menggunakan Turnitin atau tool yang
lain sebelum membuat penghantaran kepada penyelia. Hal ini bertujuan bagi
memastikan tesis yang dilakukan tidak mempunyai kadar plagiat yang
tinggi.
3. Membuat rujukan daripada rujukan
utama. Elakkan banyak merujuk rujukan sekunder.
Huraian: Setiap bahan rujukan yang hendak
dirujuk hendaklah diambil daripada rujukan yang pertama dan harus mengelakkan
daripada banyak mengambil rujukan sekunder. Sebagai contoh, dalam penulisan
artikel yang dirujuk ada memetik mana-mana kajian lain, maka sekiranya pelajar
atau individu tersebut hendak mengambil kajian yang dipetik dalam penulisan
artikel itu, hendaklah dicari dan merujuk kajian yang asal dan bukan hanya
merujuk artikel yang memetik kajian itu.
4. Membaca banyak artikel terkini supaya
lebih memahami tentang kajian yang ingin dijalankan (minimum 50 artikel).
Huraian: Setiap pelajar atau individu
yang ingin menjalankan kajian dan melakukan penulisan tesis, pembacaan artikel
terkini yang banyak sekurang-kurangnya 50 buah artikel adalah disarankan. Hal
ini bertujuan untuk memastikan pelajar atau individu tersebut lebih memahami
tentang kajian yang hendak dijalankan dan secara tidak langsung mampu membantu
dalam mencari lompang kajian atau jurang kajian.
5. Menghadiri seminar atau persidangan
supaya mendapat input tentang kajian yang berkaitan.
Huraian: Setiap pelajar yang ingin
menjalankan sebuah kajian, adalah disarankan untuk menghadiri seminar atau
persidangan supaya mereka mendapat pelbagai maklumat atau idea tentang kajian
yang berkaitan dengan kajian yang ingin dijalankan. Hal ini kerana pelajar
tersebut dapat memberi gambaran dan membantu dalam proses pelaksanaan kajian
yang ingin dilakukan.
6. Berbincang dengan penyelia tentang
penyelidikan yang dijalankan. Elakkan daripada berbincang dengan pelajar
lain kerana pelajar bukan pakar dalam bidang.
Huraian: Setiap kajian atau penyelidikan yang
dijalankan oleh setiap pelajar perlu membuat rundingan dengan penyelia untuk
memastikan tajuk yang dipilih perlu bersesuai dengan bidang yang diceburi.
Pastikan tidak berbincang dengan pelajar lain. Hal ini kerana untuk memastikan
kajian yang dilakukan perlu dipersetujui oleh penyelia masing-masing.
7. Jumlah halaman (lebih kurang)
bagi Bab 1 (10-12 halaman), Bab 2 (30 halaman - bacelor dan Master; 50
halaman - PhD), Bab 3 (10 - 12 halaman), Bab 4 (40 halaman bagi setiap
objektif dan Bab 5 (8-12 halaman).
Huraian: Penulisan tesis yang dilakukan
juga hendaklah menitikberatkan jumlah halaman pada setiap bab bagi mengelakkan
berlakunya kekurangan halaman mengikut syarat pelaksanaan penulisan tesis
tersebut. Pada Bab 1 jumlah halaman adalah sekitar 10 hingga 12 halaman, Bab 2
sekitar 30 halaman bagi bacelor dan Master, manakala bagi PhD sekitar 50
halaman, Bab 3 adalah dalam 10 hingga 12 halaman, Bab 4 lebih kurang 40 halaman
untuk setiap satu objektif kajian, dan pada Bab 5 ialah antara lapan hingga 12
halaman.
8. Keseluruhan tesis seharusnya
mempunyai lebih kurang maksimum 80 halaman (bacelor), 81-150 (Master) dan
151-240 (PhD). *Tertakluk kepada kehendak pensyarah, fakulti dan
universiti.
Huraian: Tertakluk kepada kehendak
pensyarah, fakulti, dan universiti masing-masing, kebiasaannya keseluruhan
tesis mempunyai dalam 80 halaman maksimun bagi bacelor, 81 hingga 150 halaman
bagi Master, dan 151 hingga 240 halaman bagi PhD. Berikut adalah salah satu
syarat yang harus dipatuhi demi melengkapkan tesis yang dilakukan.
9. Membuat perancangan atau
jadual untuk sepanjang tempoh pengajian.
Huraian: Sepanjang tempoh pengajian,
adalah disarankan untuk membuat perancangan yang teliti atau membuat jadual.
Hal ini adalah kerana, tanpa perancangan yang teliti perkara tersebut mampu
memberi kesan kepada pelaksanaan kajian dan penulisan tesis. Sekiranya gagal
membuat perancangan yang teliti, maka penulisan tesis dan kajian yang dilakukan
juga boleh tergendala atau tidak mampu untuk diselesaikan mengikut tempoh yang
telah ditetapkan.
Rujukan: Normaliza Abd Rahim. (2019). Jom
Tulis Tesis. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia.
Berikut merupakan kehadiran pada minggu
ke-11
No comments:
Post a Comment