Thursday, December 31, 2020

BBN3402SATU2020: MINGGU10 RESIPI(4)

 

    

MUHAMAD IZZUDDIN BIN ABD GHANI @ MD YUNUS

                             195271


           MUHAMMAD HAMIZ BIN SIDIN

                              195257



Biskut Coklat Ceri Yang Banyak

⭐⭐⭐⭐⭐       49 Penilaian   |   39 Ulasan   |    17 Gambar

Biskut coklat yang luar biasa bersama tart ceri kering pastinya menjadi kegemaran anda!

 



 

Bahan-bahan

 

  1 cawan tepung serbaguna

 

   ¼ cawan serbuk koko tanpa gula

 

  1 sudu teh serbuk penaik

 

  ¼ sudu teh garam

 

  ½ cawan mentega tanpa garam, dilembutkan

 

  1 cawan gula putih

 

  1 biji telur

 

  1 sudu teh serbuk kopi segera

 

  1 sudu teh estrak vanila

 

  ¼ cawan cip coklat kurang manis

 

  ¼ cawan cip coklat putih

 

  1 cawan ceri kering





Cara-cara 



 ️ Langkah 1

Panaskan ketuhar sehingga 350 darjah F (175 darjah C).

 

 ️ Langkah 2           

Lapiskan dua kertas penaik besar dengan kertas perkamen.

 

 ️ Langkah 3

Satukan tepung, serbuk koko, serbuk penaik, dan garam ke dalam satu mangkuk.

 

  Langkah 4

letakkan mentega dan gula bersama dalam mangkuk besar dengan menggunakan pengadun elektrik pada tahap kelajuan sederhana tinggi sehingga tekstur adunan tersebut menjadi ringan dan lembut.

 

  Langkah 5

Gaulkan telur, serbuk kopi, dan vanila ke dalam adunan mentega dan gula sebentar tadi sehingga sebati. 



️ Langkah 6

Tukar kelajuan pada tahap yang rendah dan tuangkan campuran tepung. Pukul sehingga sebati.

 

 ️ Langkah 7

Gaulkan cip coklat kurang manis, cip coklat putih, dan ceri kering ke dalam adunan tadi.

 

 ️ Langkah 8

Ambil sesudu daripada adunan tersebut dan letakkan dalam 2 inci di dalam loyang yang telah tersedia.

 

  Langkah 9

Bakar dalam 10 hingga 12 minit untuk setiap kumpulan di dalam ketuhar yang telah dipanaskan, sehingga biskut benar-benar masak.

 

 ️ Langkah 10

Biarkan sejuk di atas loyang selama dua minit. 



️ Langkah 11

Pindahkan biskut tersebut ke rak wayar sehingga sejuk sepenuhnya.

 

Fakta pemakanan

Setiap hidangan:

130 kalori; protein 1.6gm; karbohidrat 19.4gm; lemak 5.4gm; kolesterol 18.3mg; natrium 51.3mg.



 RUJUKAN:

Allrecepis. (2020). Lots of Chocolate Cherry Cookies. Dicapai pada Disember 28, 2020 dari https://www.allrecipes.com/recipe/220024/lots-of-chocolate-cherry-cookies/






No comments:

Post a Comment