Pada
bulan ramadhan pelajar sebuk dengan minggu peperiksaan dan pembentangan yang setiap matapelajaran yang
diambil..Walaubagimana pun,sebagai seorang pelajar yang mempunyai jiwa yang
kuat ,itu bukan halangan bagi seorang pelajar untuk meninggalkan solat terawih
di waktu malam. Takla itu menjadi kekuatan kepada pelajar untuk melakukan kan
dam memohon kepada allah untuk dipermudahkan soalan peperiksaan dengan senang
dan mudah dijawab.
Tatkla
ada sebahagiian dikalangan pelajar memberi alasan yang tidak munasabah untuk
pergi ke surau atau masjid untuk menunaikan solat terawih. Bukan itu sahaja,
ketika berbuka ada pelajar pergi ke masjid untuk mengambil juadah yang diberi
oleh ahli masjid untuk berbuka kepada golongan asnaf yang tidak mampu untuk
membeli makanan berbuka di bazar ramadhan. Bila difikirkan balik ada baiknya
berbuka dimajsid kita dapat mengerat hubungan silattulrahim sesama saudara
islam kita.
Selain
itu, kita boleh kenal-mengenal sesama saudara islam kita apabila berada di
sebuah rupa allah yang mulia itu. Pelajar-pelajar tidak terfikir pun makanan
sedap atau tidak sedap. Mereka dapat berbuka dengan juadah yang sedikit sudah
memandai untuk meraka. Ini adalah salah satu orang yang berjihad dan menunutut
ilmu di jalan allah kerana rezeki itu ada dimana sahaja kita berada. Kita tidak
perlu takut dengan rezeki allah Rasulullah SAW juga pernah bersabda: “Wahai
segenap manusia, telah datang kepada kalian bulan yang agung penuh berkah bulan
yang di dalamnya terdapat satu malam yang nilainya lebih baik dari seribu
bulan. Allah menjadikan puasa di siang harinya sebagai kewajiban, dan qiyam di
malam harinya sebagai sunnah. Barangsiapa menunaikan ibadah yang difardhukan, maka
pekerjaan itu setara dengan orang mengerjakan 70 kewajiban. Ramadhan merupakan
bulan kesabaran dan balasan kesabaran adalah syurga. Ramadhan merupakan bulan
santunan, bulan yang di mana Allah melapangkan rezeki setiap hamba-Nya.
Barangsiapa yang memberikan hidangan berbuka puasa bagi orang yang berpuasa,
maka akan diampuni dosanya, dan dibebaskan dari belenggu neraka, serta
mendapatkan pahala setimpal dengan orang yang berpuasa tanpa mengurangi pahala
orang berpuasa tersebut.” (HR Khuzaimah)
Kesimpulannya,
kita tidak perlu takut dengan rezeki allah walau kita berada dimana jua. Dibulan
yang mulia ini kita di minta untuk mendoa sebanyak mana yang kita ingin. Ini kerana
doakan orang sedang berpuasa tidak ditolak malah diterima oleh allah S.W.T. “Ada
tiga golongan yang doa mereka tidak ditolak: (1) orang yang berpuasa hingga ia
berbuka, (2) imam yang adil dan (3) doa orang yang dizalimi.” (HR Tirmidzi 3522)
No comments:
Post a Comment