Pada bulan yang penuh
barakah ini manusia sering terlupa dengan apa yang ada di bulan yang mulia ini sehingga
mereka tidak mengambil perluang untuk berdoa kepada allah taala dengan hati
yang terbuka sebagaimana kita mengetahui manusia tidak lari melakukan kesalahan
sebagai seorang
hamba kepada sang pencipta kita.
Tibanya bulan ramadhan
ini sepatutnya manusia berebut-berebut membuat kebaikan dengan niat kerana
allah ini kerana Dalam hadis disebutkan
bahwa keampunan Allah tidak dibatasi hanya pada pertengahan Ramadhan saja.
Lebih jelas lagi pada hadis yang diriwayatkan oleh At Tirmizi, Rasulullah
bersabda yang membawa maksud “Pada awal malam bulan Ramadhan, syaitan-syaitan
dan jin-jin jahat dibelenggu, pintu neraka ditutup, tidak ada satu pintu
pun yang dibuka. Pintu syurga dibuka, tidak ada satu pintu pun yang
ditutup. Kemudian ada penyeru yang menyeru: ‘wahai penggemar kebaikan,
ambillah sebanyak mungkin, wahai penggemar keburukan, tahanlah dirimu’.
Selain
itu, pada bulan ramadhan terdapat satu malam yang sangat berharga dan
dicari-cari oleh manusia yang betul-betul beriman kepada allah dengan hati yang
ikhlas. Malam ini di panggil malam Lailatulqadar. Lailatulqadar disebut malam yang
cukup istimewa kerana ia dinamakan sendiri oleh Allah SWT di dalam al-Quran dengan
mengkhususkan satu surah yang dinamakan surah Al-Qadr. Firman Allah SWT yang
bermaksud:”Sesungguhnya kami telah menurunkannya di malam Al-Qadr.
Apakah kamu tahu apa itu malam Al-Qadr? Malam Al-Qadr adalah lebih baik
daripada seribu malam. (Pada malam tersebut) para Malaikat dan Al-Rub (Malaikat
Jibrail) turun padanya dengan izin Tuhan mereka untuk mengatur segala urusan.
Sejahteralah malam tersebut sehingga terbit fajar.” (Surah Al-Qadr :
1-5).
Di samping
itu, para ulama berbeza pendapat bagi menentukan tarikh tepat Lailatulqadar.
Namun mereka bersepakat bahawa Lailatulqadar berlaku pada bulan Ramadan iaitu
pada 10 malam terakhir. Sudah tentu Allah SWT mempunyai sebab untuk
menyembunyikan rahsia malam tersebut daripada pengetahuan manusia. Salah satu
daripada sebabnya adalah untuk menggalakkan manusia bersungguh-sungguh
beribadah sepanjang masa dalam bulan Ramadan tanpa mengira hari-hari tertentu
dengan harapan agar dipertemukan dengan malam yang teragung iaitu Lailatulqadar.
Lailatulqadar
atau malam Al-Qadr ini dikaitkan dengan 10 malam terakhir di dalam bulan
Ramadan yang penuh dengan keistimewaannya. Pada 10 malam terakhir ini, Rasulullah
SAW akan meningkatkan amalan dengan berjaga malam, beriktikaf dan mengejutkan
ahli keluarganya untuk bangun bersama-sama bagi menghidupkan malam-malam
tersebut. Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan bahawa: “Aisyah r.a meriwayatkan
bahawa Nabi Muhammad SAW apabila masuknya 10 malam terakhir (Ramadan), baginda
menghidupkan malamnya. Baginda mengemaskan kainnya dan mengejutkan isterinya
dan uzlah daripada isterinya (yakni tidak bersama dengan isterinya).”
Akhir
sekali, Sesungguhnya, jelaslah bahawa salah satu daripada keagungan,
keistimewaan dan kehebatan bulan Ramadan ialah wujudnya satu malam penuh
kemuliaan yang lebih baik daripada 1,000 bulan iaitu Lailatulqadar. Rasulullah
SAW bersabda yang bermaksud:”Sesungguhnya Ramadan sudah
tiba kepada kamu, dalamnya ada malam di mana amal ibadah yang dilakukan pada
malam itu lebih baik dan lebih besar ganjarannya daripada amalan 1,000 bulan.
Sesiapa yang kehilangan malam itu, sesungguhnya dia kehilangan semua kebaikan.
Dan tidak akan kehilangan semua perkara itu, kecuali orang yang telah
diharamkan (tidak mendapat petunjuk) daripada Allah SWT.”(Hadith Riwayat
Ibnu Majah)
No comments:
Post a Comment