RAMADHAN KAEEM |
Sebelum memasuki bulan
yang mulia ini iaitu bulan yang penuh kerahmatan dan keampunan daripada allah
SWT. Adakah kita sudah bersiap sedia untuk menghadapi bulan yang mulia ini?. Allah
SWT yang telah menyeru kepada seluruh orang islam untuk menunaikan ibadah puasa
selama sebulan. Sebagaimana firman allah
SWT dalam Surah al-Baqarah ayat 381 yang
membawa maksud “Wahai orang-orang yang beriman! kamu diwajibkan berpuasa
sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu
bertaqwa.”
Dalam bulan Ramadhan, pelbagai
ganjaran yang luar biasa diberikan kepada umat Islam yang berpuasa dan
melaksanakan segala kewajipan. Malah melakukan amalan-amalan sunat juga akan
memperolehi ganjaran pahala yang berlipat ganda. Hal ini dijelaskan melalui hadis
nabi SAW sebagaimana yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah Radhiallahu Anhu
bahawa Rasulullah SAW bersabda yang membawa maksud “Setiap amalan anak Adam
dilipat gandakan pahalanya. Satu kebaikan pahalanya menyamai sepuluh hingga
tujuh ratus kali ganda. Allah Azza wa Jalla berfirman, kecuali puasa, kerana
puasa itu adalah untuk-Ku, dan Akulah yang akan memberi pahalanya, kerana orang
berpuasa telah meninggalkan syahwat dan makannya kerana-Ku.”
Sebelum kita menghadapi bulan yang agung ini terdapat beberapa persedia
yang perlu dilakukan oleh umat Islam dalam menyambut kedatangan Ramadhan yang
dinanti. Antaranya ialah dengan mempersiapkan kekuatan rohani, jasmani dan juga
emosi serta ilmu pengetahuan untuk menghadapi ibadah puasa. Semua perkara ini
sangat penting supaya kita dapat melaksanakan ibadah puasa dan ibadah yang
lainnya dengan keikhlasan hati dan menepati syarak. Selain itu, pada bulan
ramadhan ini manusia berlumba-berlumba membuat amal jariah niat kerana pintu syurga dibuka seluas-luasnya
untuk umat islam. Hadis daripada Abu Hurairah Radhiallahu Anhu bahawa
Rasulullah SAW bersabda yang membawa maksud “Apabila telah datang awal malam
bulan Ramadhan, diikatlah syaitan dan jin, ditutup pintu-pintu neraka, tidak
ada satu pintu-pintu yang dibuka dan dibukalah pintu-pintu syurga, tidak ada
satu pintu yang tertutup, lalu terdengarlah seruan; “Wahai orang yang ingin
kebaikan maka lakukanlah, wahai orang yang ingin kejahatan maka kurangilah. Dan
di sisi Allah terdapat senarai orang-orang yang dibebaskan dari neraka, dan
begitulah terjadi pada setiap malam (Ramadhan).”Riwayat Al-Tarmizi.
Di samping itu. Bulan yang penuh
kemulian ini lakukan ibadah dengan bersungguh-sungguh dipenuhi dengan rasa
keimanan yang tinggi. Hadis daripada Abu Hurairah Radhiallahu Anhu bahawa
Rasulullah SAW bersabda yang membawa maksud “Sesiapa yang menghidupkan Ramadhan
dengan penuh keimanan dan hanya mengharapkan pahala dari Allah, maka akan
diampuni dosanya yang telah lalu.” Seterusnya kita digalakakan untuk melakukan
solat dua rakaat di malam satu per tiga malam yang merupakan malam yang
mustajab untuk mengangkat tangan dan memohon keampunan daripada Allah SWT dan
perlu keatas kita untuk beri’tiqaf di mana-mana masjid.
Kesimpulannya, pengajaran yang boleh
dapati adalah umat islam hendaklah meyakini bahawa ibadah puasa merupakan
kewajipan dan perintah daripada Allah SWT dan umat Islam hendaklah
mempersiapkan diri dengan memperbanyakkan amal soleh sebagai persediaan awal
untuk mengharungi bulan Ramadhan yang akan datang tidak lama lagi. Akhir
sekali, Umat Islam hendaklah menjadikan bulan Ramadhan sebagai bulan ibadah
dengan berlumba-lumba melakukan kebaikan serta memohon keampunan, bukannya
pesta makanan yang membawa kepada pembaziran
No comments:
Post a Comment