Tibanya bulan ramadhan
kareem pada hari yang mulia ini masyarakat sering membeli juadah di bazar
ramadhan yang berhampiran dirumah mereka. Selain itu, kebanyakkan manusia akan
membeli juadah mengikut nafsu sehingga boleh menyebabkan pembaziran berlaku. Kadang
kala ibu bapa memebeli juadah mengikut kehendak anak-anak mereka yang hanya
suka mampu untuk memilih kehendak mereka sahaja tidak memikirkan pembaziran
berlaku.
Di samping itu, selepas
berbuka dengan juadah yang agak banyak selalunya mereka akan berasa berat untuk
mengerjakan solat magrib yang telah diperintah oleh allah SWT. Kadangkala dalam keghairahan menyediakan
persiapan itu, kita terlupa bahawa kita telah melakukan pembaziran. Kita sering
melihat pembaziran makanan yang terlampau banyak berlaku di depan mata kita
dilakukan individu mahupun masyarakat sekeliling. Sebagaimana firman Allah dalam surah Al-Israa’ ayat 27 yang bermaksud,
“Sesungguhnya orang yang membazir itu adalah saudara syaitan dan syaitan itu
pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada tuhannya.”
Kita
menganggap bulan Ramadan ini bulan untuk kita berpesta di mana manusia boleh
membazirkan makanan secara berlebihan dan sesuka hati. Masalah pembaziran ini
bukan perkara baru sebaliknya sudah bertahun-tahun perkara ini berlarutan dan tiada
sesiapa pun mahu ambil peduli.
Kesimpulannya,
antara langkah yang boleh mengatasi masalah pembaziran ialah membuat rekod
pembelian. Sebelum kita merekod pembelian kita mestilah merancang terlebih
dahulu berdasarkan peruntukan ataupun kemampuan sendiri agar kita tidak
membazir
No comments:
Post a Comment