Alhamdulillah pertamanya
kita rafakkan kesyukuran kehadrat ilahi dengan limpah kurnianya dapat lagi kita
dihidupkan dipagi jumaat yang mulia ini iaitu penghulu sagala hari.Hari ini 12 April 2019 khutbah jumaat telah menbicarakan tentang
hikmah di sebalik infak.Apabila berbicara tentang infak ini, manusia dapat
membayangkan bertapa hebatnya kesan infak ke jalan allah ini dengan mendapat
gajaran yang lumayan di sisi allah dan para malaikat.
Selain itu,harta adalah sesuatu yang diminati oleh manusia. Dalam mencari harta
kadang-kadang kawan menjadi lawan. Kerana harta, adik beradik bermasam muka.
Kerana tamakkan harta, lupa halal dan haram. Kerana mencari harta, terlepas
ibadah kepada Allah. Itulah sebahagian cabaran mengenai harta. Sesungguhnya
harta atau rezeki adalah milik Allah SWT yang telah ditentukan kepada manusia
ketika ditiupkan roh dalam kandungan ibunya. Allah SWT memberi tanggungjawab
kepada yang berharta, supaya mengeluarkan sebahagian hartanya untuk zakat,
nafkah kepada keluarga, wakaf, sedekah, anak yatim serta keperluan masyarakat
dengan tidak menangguh-nangguhkannya hingga terlalai dan datang saat kematian
yang penuh penyesalan.
Disamping itu, dalam sebuah hadis
Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Syikhkhir menyatakan, bahawa
pada hakikatnya semua harta adalah milik Allah, bukan milik manusia. Sabda
baginda Rasulullah SAW yang membawa maksud “Berkata anak Adam “Hartaku!
Hartaku! Hartaku!”. Wahai anak Adam, kamu tidak mempunyai apa-apa daripada
hartamu itu, kecuali apa yang kamu makan lalu ia habis, apa yang kamu pakai
lalu ia luntur, atau yang kamu sedekahkan (wakaf) lalu ia berkekalan’’.Perumpaan
orang-orang yang telah menginfakkan hartanya dijalan allah seperti sebutir
bijik yang menumbuhkan tujuh tangkai, ada setiap rangkai mengandungi tujuh seratus
bijik.allah melipatgandakan bagi siapa yang dia kehendaki ,dan allah maha luas
dan maha mengetahui.
Akhir kalam,apabila kita menginfakkan harta kita ke jalan kebaikan,inshaa allah balasan yang berlipat ganda akan dibalas oleh allah kepada kita. Di antara orang-orang yang mendapatkan doa dari para Malaikat adalah orang-orang yang selalu berinfak di jalan kebaikan, dan di antara dalil yang menunjukkan hal tersebut adalah Imam al-Bukhari dan Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah Radhiyallahu anhu, beliau berkata: “Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda yang membawa maksud ‘Tidak satu hari pun di mana pada pagi harinya seorang hamba ada padanya melainkan dua Malaikat turun kepadanya, salah satu di antara keduanya berkata: ‘Ya Allah, berikanlah ganti [1] bagi orang yang berinfak.’ Dan yang lainnya berkata: ‘Ya Allah, hancurkanlah [2] (harta) orang yang kikir.’”([3)
No comments:
Post a Comment