Buku ini menceritakan
tentang latar belakang seniman agung P.Ramlee yang merupakan orang sangat
terkenal diantara orang melayu pada ketika dahulu.Saya telah menelaah sebuah buku
karyanya Abdullah Hussain ini selama 5 hari.Terdapat pelbagai ayat yang sangat
menarik yang boleh digunakan pakai dalam penulisan sebuah novel atau cerpen.
Selain itu,didalam isi
buku yang telah menceritakan serba sedikit tentang latar belakang kehidupan seniman Tan Sri P.Ramle
ketika dahulu.Disamping itu,allahyarham seniman agung Tan Sri P.ramlee telah
meningglkan perminatnya semenjak 29 Mei 1973, namun nama beliau tetap segar
dalam ingatan masyarakat pada masa kini.malah hasil-hasil karya beliau masih
setia menjadi wadah tontonan di kaca televisyen.Beliau mempunyai kebolehan yang
luar biasa dalam berlakon,bernyanyi, berlawak, bermain alat muzik. mengarah
filem dan menghasilkan lagu.Sesungguhnya bakat yang terpedam yang dimiliki
terserlah ke seluruh pelosok Nusantara.
Akhir sekali,masyarakat
pada masa kini hanya mengenali Tan Sri P.Ramlee setelah beliau berada di puncak
kerjayaan bahkan tidak ramai yang mengetahui kepedihan dan penderitaan yang
terpaksa dilaluinya untuk menempa kejayaan.Penulis yang sememangnya rapat
dengan seniman agung ini,menceritakan peristiwa demi peristiwa dengan
persembahan dan olahan yang menarik untuk tatapan pembaca.
No comments:
Post a Comment