Thursday, March 21, 2019

Forum bersama sasterawan negara



Pada tanggal 13 ,March 2019,saya telah menghadiri sebuah bual bicara di Universiti Putra Malaysia bertempatan di dewan za'ba yang mana undangan istimewa iaitu datuk dr.Zurina Hassan merupakan sasterawan negara yang ke-13 dan dihadiri dengan panel-panel yang tidak asing dalam bidang karyawan antaranya Dr Halis Azhan Hanafiah,Encik Zainal palet dikenali sebagai zaen kasturi, Prof Madya Dr. Arba’ie dan Dr Kamariah Kamarudin.

Selain itu, Prof Madya Dr.arba’en telah menerangkan kepada penonton tentang sajak daripada buku datuk dr.zurina Hassan yang mana, mempuyai ayat yang sangat mudah tapi mengandungi makna yang tersirat yang boleh memberi pengajaran kepada kita.Disamping itu, apabila tiba giliran dr.hallis Azhan Hanafiah beliau telah menceritakan kepada kita tentang  sebuah novel daripada datuk dr.zurina hasan yang mana watak utamanya adalah aisyah.akhir sekali panel jemputan pada hari itu adalah Encik zainal palit yang dikenali sebagai zaen kasturi yang sangat mahir dan pakar dalam bidang cerpen.

Kesimpulan yang boleh saya rumuskan berdasarkan forum tersebut kita semua mempunyai peluang untuk menjadi penulisan yang  hebat jikalau kita mempunyai sifat rajin dan pergorbanan yang tinggi terhadap karya yang dilaksanakan.

No comments:

Post a Comment