Pertamanya saya bersyukur kehadrat illahi dengan limpah kurnianya
saya telah dihidupkan diatas muka bumi ini.Pada hari
Ahad yang lepas, tepat pada jam 9 pagi saya dan kawan-kawan pergi kesebuah
gym yang mana ini merupakan pengalaman yang pertama bagi saya untuk mencuba
benda yang tidak pernah saya ketahui dan alami sepanjang duduk di Universiti
Putra Malaysia.Gym ini merupakan sebuah tempat untuk bersenam yang mana
didalamnya mengandungi alat-alat senaman antara mesin untuk berlari,mesin
untuk tangan dan mesin untuk kaki.
Selain itu,terdapat banyak sebab untuk bersenam pada waktu
pagi.Jika kita memulakan hari kita dengan senaman,kita akan mempunyai lebih
banyak tenaga untuk meneruakan kehidupan seharian malah sepanjang hari segar
bertenaga.
Akhirnya,jika kita bersenam, badan kita akan membakar sebanyak 420 kalori tenaga.
Kajian mendapati pembakaran tenaga berterusan walau kita sudah habis bersenam sehingga ke tahap
190 kalori lagi. Ini membuatkan anda bertenaga dan cergas bergerak selepas itu dan ianya kekal
berpanjangan.Berbanding jika kita tidak bersenam waktu pagi, kesannya adalah pergerakan anda
akan menjadi terbatas dan kelihatan kurang bermaya
No comments:
Post a Comment