Alhamdulillah, pertamanya kita perlu
bersyukur kehadrat illahi dengan limpah kurnianya dapat lagi kita hidup pada
hari yang mulia ini iaitu hari jumaat Mubarak penghulu segala hari.Oleh
itu,hari yang diwajibkan keatas semua lelaki muslim untuk menunaikan solat jumaat sebagai mana
firman allah ta’ala di dalam surah al jumaat ayat 9 yang membawa maksud wahai
orang-orang beriman, apabila diseru azan untuk mengejarkan solat pada hari
jumaat, maka segeralah kamu pergi (masjid),untuk mengingati allah (solat jumaat)
dan tinggalkan jualbeli, demikian itu adalah lebih baik, jika kamu
mengetahuinya. Dalam satu hadis
yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari daripada Abu Hurairah r.a. bahawa beliau
mendengar Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Kita adalah umat yang
terakhir namun terdahulu dihisab dan memasuki syurga pada hari akhirat,
walaupun mereka diberi kitab sebelum kita.
Selain
itu, tajuk yang dibangkitkan atau menjadi khutbah pada hari ini adalah komuniti
kita tanggungjawab kita.Tajuk yang sangat ringkas tetapi mempunyai maksud yang
mendalam.oleh hal yang demikian, khatib telah mengupaskan isu penyalahguaan dadah dan minum arak pada
kalangan masyarakat.Penyalahgunaan dadah boleh menyebabkan dan mengakibatkan
kes-kes jenayah seperti merogol membunuh dan meragut ini menyebabkan perkara
yang luar jangkaan manusia berlaku.selain itu juga,arak merupakan ibu segala
maksiat ini kerana melalui peminuman arak kes-kes yang tidak diingini terjadi. Imam Muslim telah meriwayatkan dari Abu Rafi’,
dari Hammad ibnu Zaid, dari Ayyub, dari Nafi’, dari Ibnu Umar yang menceritakan
bahwa Rasulullah Saw. pernah bersabda: Setiap yang memabukkan
adalah khamr, dan setiap yang memabukkan adalah haram. Dan
barang siapa minum khamr, lalu mati dalam keadaan masih kecanduan khamr dan
belum bertobat dari perbuatannya itu, maka kelak di akhirat ia tidak dapat
meminum khamr (syurga).Oleh itu, kita perlu bertanggunggungjawab untuk membendung dan membanteras kes-kes seperti ini kepada pihak berkuasa.
Akhirnya,
khatib memperinggatkan kepada semua jemaah yang hadir perlu ada dalam diri
tentang tanggungjawab terhadap agama dan
perlu muhasab diri untuk menjadi manusia yang berdekatkan diri kepada allah.Selain
itu,mesej yang disampaikan setiap hari
jumaat memberi maksud yang mendalam bagi setiap manusia untuk merenung dan
muhasabah diri untuk menjadi manusia yang lebih bertanggungjawab kepada
masyarakat.
No comments:
Post a Comment