Friday, May 10, 2019

Perkara yang istimewa di bulan ramadhan



Image result for image laylatul 



Pada bulan yang penuh barakah ini manusia sering terlupa  dengan apa yang ada di bulan yang mulia ini sehingga mereka tidak mengambil perluang untuk berdoa kepada allah taala dengan hati yang terbuka sebagaimana kita mengetahui manusia tidak lari melakukan kesalahan sebagai seorang 
hamba kepada sang pencipta kita.

Tibanya bulan ramadhan ini sepatutnya manusia berebut-berebut membuat kebaikan dengan niat kerana allah ini kerana Dalam hadis  disebutkan bahwa keampunan Allah tidak dibatasi hanya pada pertengahan Ramadhan saja. Lebih jelas lagi pada hadis yang diriwayatkan oleh At Tirmizi, Rasulullah bersabda yang membawa maksud “Pada awal malam bulan Ramadhan, syaitan-syaitan dan jin-jin jahat dibelenggu, pintu neraka ditutup, tidak ada satu pintu pun yang dibuka. Pintu syurga dibuka, tidak ada satu pintu pun yang ditutup. Kemudian ada penyeru yang menyeru: ‘wahai penggemar kebaikan, ambillah sebanyak mungkin, wahai penggemar keburukan, tahanlah dirimu’.

Selain itu, pada bulan  ramadhan terdapat  satu malam yang sangat berharga dan dicari-cari oleh manusia yang betul-betul beriman kepada allah dengan hati yang ikhlas. Malam ini di panggil malam Lailatulqadar. Lailatulqadar disebut malam yang cukup istimewa kerana ia dinamakan sendiri oleh Allah SWT di dalam al-Quran dengan mengkhususkan satu surah yang dinamakan surah Al-Qadr. Firman Allah SWT yang bermaksud:”Sesungguhnya kami telah menurunkannya di malam Al-Qadr. Apakah kamu tahu apa itu malam Al-Qadr? Malam Al-Qadr adalah lebih baik daripada seribu malam. (Pada malam tersebut) para Malaikat dan Al-Rub (Malaikat Jibrail) turun padanya dengan izin Tuhan mereka untuk mengatur segala urusan. Sejahte­ralah malam tersebut sehingga terbit fajar.” (Surah Al-Qadr : 1-5).

Di samping itu, para ulama berbeza pendapat bagi menentukan tarikh tepat Lailatulqadar. Namun mereka ber­sepakat bahawa Lailatulqadar berlaku pada bulan Ramadan iaitu pada 10 malam terakhir. Sudah tentu Allah SWT mempunyai sebab untuk menyembunyikan rahsia malam tersebut daripada pengetahuan manusia. Salah satu daripada sebabnya adalah untuk menggalakkan manusia bersungguh-sungguh beribadah sepanjang masa dalam bulan Ramadan tanpa mengira hari-hari tertentu dengan harapan agar dipertemukan dengan malam yang teragung iaitu Lailatulqadar.

Lailatulqadar atau malam Al-Qadr ini dikaitkan dengan 10 malam terakhir di dalam bulan Ramadan yang penuh dengan keistimewaannya. Pada 10 malam terakhir ini, Rasulullah SAW akan meningkatkan amalan dengan berjaga malam, beriktikaf dan mengejutkan ahli keluarganya untuk bangun bersama-sama bagi menghidupkan malam-malam tersebut. Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan bahawa: “Aisyah r.a meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad SAW apabila masuknya 10 malam terakhir (Ramadan), baginda menghidupkan malamnya. Baginda mengemaskan kainnya dan mengejutkan isterinya dan uzlah daripada isterinya (yakni tidak bersama dengan isterinya).”

Akhir sekali, Sesungguhnya, jelaslah bahawa salah satu daripada keagu­ngan, keistimewaan dan kehebatan bulan Ramadan ialah wujudnya satu malam penuh kemuliaan yang lebih baik daripada 1,000 bulan iaitu Lailatulqadar. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:”Sesungguhnya Ramadan sudah tiba kepada kamu, dalamnya ada malam di mana amal ibadah yang dilakukan pada malam itu lebih baik dan lebih besar ganjarannya daripada amalan 1,000 bulan. Sesiapa yang kehilangan malam itu, sesungguhnya dia kehilangan semua kebaikan. Dan tidak akan kehilangan semua perkara itu, kecuali orang yang telah diharamkan (tidak mendapat petunjuk) daripada Allah SWT.”(Hadith Riwayat Ibnu Majah)

No comments:

Post a Comment