Wednesday, May 8, 2019

berbuka dengan kadar yang sederhana di bulan ramadhan

Image result for image kurma





Tibanya bulan ramadhan kareem pada hari yang mulia ini masyarakat sering membeli juadah di bazar ramadhan yang berhampiran dirumah mereka. Selain itu, kebanyakkan manusia akan membeli juadah mengikut nafsu sehingga boleh menyebabkan pembaziran berlaku. Kadang kala ibu bapa memebeli juadah mengikut kehendak anak-anak mereka yang hanya suka mampu untuk memilih kehendak mereka sahaja tidak memikirkan pembaziran berlaku.

Di samping itu, selepas berbuka dengan juadah yang agak banyak selalunya mereka akan berasa berat untuk mengerjakan solat magrib yang telah diperintah oleh allah SWT.  Kadangkala dalam keghairahan menyediakan persiapan itu, kita terlupa bahawa kita telah melakukan pembaziran. Kita sering melihat pembaziran makanan yang terlampau banyak berlaku di depan mata kita dilakukan individu mahupun masyarakat sekeliling. Sebagaimana firman Allah dalam surah Al-Israa’ ayat 27 yang bermaksud, “Sesungguhnya orang yang membazir itu adalah saudara syaitan dan syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada tuhannya.”

Kita menganggap bulan Ramadan ini bulan untuk kita berpesta di mana manusia boleh membazirkan makanan secara berlebihan dan sesuka hati. Masalah pembaziran ini bukan perkara baru sebaliknya sudah bertahun-tahun perkara ini berlarutan dan tiada sesiapa pun mahu ambil peduli.

Kesimpulannya, antara langkah yang boleh mengatasi masalah pembaziran ialah membuat rekod pembelian. Sebelum kita merekod pembelian kita mestilah merancang terlebih dahulu berdasarkan peruntukan ataupun kemampuan sendiri agar kita tidak membazir

No comments:

Post a Comment