Friday, March 15, 2019

percutian pendek yang memberi pengajaran yang bermakna


Percutian pendek yang  bermakna bagi ku ke university islam antarabangsa (UIA) dengan penuh bermakna dengan niat ingin menziarahi sahabat-sababat disana.Saya bertolak daripada universiti Putra Malaysia (UPM)  kira-kira pukul 3 petang dan tiba disana pada pukul 5petang.Secara tidak langsung tibanya saya disana saya telah mendapat sebuah mesej daripada sahabat saya beliau mengajak untuk riadah pada waktu petang dengan bermain badminton di bangunan sinamax sri Gombak.Saya dengan tidak menolak denagan ajakan daripada sahabat.Ketika disana saya melijhat suasana yang aga tenang dan aman ketika itu pelajar disana sebuk dengan mengejarkan solat asar di surau uthman yang merupakan bangunan bagi penempatan sahabat saya disana.
   Disamping itu,pada waktu malam saya dan bersama sahabat saya telah pergi kesebuah uptown di danau kota untuk membeli sehelai baju Selangor yang keinginan membeli baju tersebut sudah lama terpendam.Keadaan Suasana disana pelbagai jualan yang wujud disana seperti makanan,pakaian dan gadjet.Suasana disana sangat mencabar buat diri ku ketika berada dalam keadaan orang yang ramai dipenuhi dengan remaja-remaja yang tidak menjaga batas-batas yang bukan muhrim.Selain itu, saya dan sahabat terpaku melihat perwatakan seorang perempuan yang sangat baik dengan  menutup aurat yang sempurna dan tapi malangnya kelakuan yang membuat orang lain memandang serong tentang pakaian.Cerita tentang perjagaan aurat tersebut teringat firman allah yang membawa maksud "Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya, dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya." (QS: An-Nur, 31).Akhirnya,dengan percutian pendek saya belajar banyak perkara yang boleh dijadikan pengajaran dalam kehidupan seharian.akhir kalam manusia tidak ada yang sempurna namun kita mencuba unutk menjadi yang lebih baik.

No comments:

Post a Comment