Friday, March 29, 2019

buku Kisah hidup seniman agung Tan Sri P.Ramle



Buku ini menceritakan tentang latar belakang seniman agung P.Ramlee yang merupakan orang sangat terkenal diantara orang melayu pada ketika dahulu.Saya telah menelaah sebuah buku karyanya Abdullah Hussain ini selama 5 hari.Terdapat pelbagai ayat yang sangat menarik yang boleh digunakan pakai dalam penulisan sebuah novel atau cerpen.

Selain itu,didalam isi buku yang telah menceritakan serba sedikit tentang  latar belakang kehidupan seniman Tan Sri P.Ramle ketika dahulu.Disamping itu,allahyarham seniman agung Tan Sri P.ramlee telah meningglkan perminatnya semenjak 29 Mei 1973, namun nama beliau tetap segar dalam ingatan masyarakat pada masa kini.malah hasil-hasil karya beliau masih setia menjadi wadah tontonan di kaca televisyen.Beliau mempunyai kebolehan yang luar biasa dalam berlakon,bernyanyi, berlawak, bermain alat muzik. mengarah filem dan menghasilkan lagu.Sesungguhnya bakat yang terpedam yang dimiliki terserlah ke seluruh pelosok Nusantara.

Akhir sekali,masyarakat pada masa kini hanya mengenali Tan Sri P.Ramlee setelah beliau berada di puncak kerjayaan bahkan tidak ramai yang mengetahui kepedihan dan penderitaan yang terpaksa dilaluinya untuk menempa kejayaan.Penulis yang sememangnya rapat dengan seniman agung ini,menceritakan peristiwa demi peristiwa dengan persembahan dan olahan yang menarik untuk tatapan pembaca.

No comments:

Post a Comment