Friday, February 22, 2019

komuniti kita tanggungjawab kita





Image result for imaja tulisan kata-kata untuk hari jumaat


Alhamdulillah, pertamanya kita perlu bersyukur kehadrat illahi dengan limpah kurnianya dapat lagi kita hidup pada hari yang mulia ini iaitu hari jumaat Mubarak penghulu segala hari.Oleh itu,hari yang diwajibkan keatas semua lelaki muslim  untuk menunaikan solat jumaat sebagai mana firman allah ta’ala di dalam surah al jumaat ayat 9 yang membawa maksud wahai orang-orang beriman, apabila diseru azan untuk mengejarkan solat pada hari jumaat, maka segeralah kamu pergi (masjid),untuk mengingati allah (solat jumaat) dan tinggalkan jualbeli, demikian itu adalah lebih baik, jika kamu mengetahuinya. Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari daripada Abu Hurairah r.a. bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Kita adalah umat yang terakhir namun terdahulu dihisab dan memasuki syurga pada hari akhirat, walaupun mereka diberi kitab sebelum kita.

Selain itu, tajuk yang dibangkitkan atau menjadi khutbah pada hari ini adalah komuniti kita tanggungjawab kita.Tajuk yang sangat ringkas tetapi mempunyai maksud yang mendalam.oleh hal yang demikian, khatib telah mengupaskan  isu penyalahguaan dadah dan minum arak pada kalangan masyarakat.Penyalahgunaan dadah boleh menyebabkan dan mengakibatkan kes-kes jenayah seperti merogol membunuh dan meragut ini menyebabkan perkara yang luar jangkaan manusia berlaku.selain itu juga,arak merupakan ibu segala maksiat ini kerana melalui peminuman arak kes-kes yang tidak diingini terjadi. Imam Muslim telah meriwayatkan dari Abu Rafi’, dari Hammad ibnu Zaid, dari Ayyub, dari Nafi’, dari Ibnu Umar yang menceritakan bahwa Rasulullah Saw. pernah bersabda: Setiap yang memabukkan adalah khamr, dan setiap yang memabukkan adalah haram. Dan barang siapa minum khamr, lalu mati dalam keadaan masih kecanduan khamr dan belum bertobat dari perbuatannya itu, maka kelak di akhirat ia tidak dapat meminum khamr (syurga).Oleh itu, kita perlu bertanggunggungjawab untuk membendung dan membanteras  kes-kes seperti ini kepada pihak berkuasa.

Akhirnya, khatib memperinggatkan kepada semua jemaah yang hadir perlu ada dalam diri tentang  tanggungjawab terhadap agama dan perlu muhasab diri untuk menjadi manusia yang berdekatkan diri kepada allah.Selain itu,mesej yang disampaikan  setiap hari jumaat memberi maksud yang mendalam bagi setiap manusia untuk merenung dan muhasabah diri untuk menjadi manusia yang lebih bertanggungjawab kepada masyarakat.

No comments:

Post a Comment